Berita
32 peniaga terima bantuan kewangan dari Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyampaikan sumbangan kewangan kepada peniaga (premis perniagaan) yang terkesan akibat kejadian banjir pada bulan Januari 2022.
“Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan bantuan kewangan RM1,000 kepada mangsa banjir dan sumbangan ini melibatkan 32 premis perniagaan di kawasan Gemencheh dan Felda Sungai Kelamah.
“Semoga bantuan ini meringankan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir,” ujar Abd Latif.
Turut hadir, Penghulu Mukim Air Kuning, Encik Ahmad Fareez.