‘The come back is real’: PAK MUS

SEREMBAN: “The come back is real”, demikian luahan penuh semangat Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor (Pak Mus), selepas menyaksikan kebangkitan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super melawan Selangor FC pada malam Ahad lalu.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada lebih 25,550 penyokong setia yang hadir ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Rusa.
“Terima kasih NSFC, terima kasih 25,550 penyokong sekalian yang setia.
“Saya amat bangga dengan semangat anda semua. Hobin Jang Hobin!” katanya.
Menurut Mustapha, sokongan padu rakyat Negeri Sembilan menjadi kekuatan besar buat pasukan bola sepak negeri dan melambangkan semangat kesatuan seluruh penyokong sukan tanah air.
Mustapha (Pak Mus) (tengah) mengucapkan tahniah kepada pemain Negeri Sembilan FC selepas perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Turut bersama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun (kiri) dan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato’ Jalaluddin Alias (kanan).