Menarik

Tiga individu kurang upaya disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni tiga individu yang kurang upaya di Taman Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, keluarga Puan Rabiah mempunyai dua ahli keluarga yang kurang berupaya, bapanya mengalami strok dan hanya mampu bergerak perlahan manakala ibunya pula sakit terlantar dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Keluarga Puan Rasidah hanya bergantung kepada wang pencen suami yang tidak seberapa dalam menanggung perbelanjaan harian keluarga di samping menjaga ibu bapanya yang uzur.

“Saya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dari segi kewangan dan sebuah katil boleh laras untuk meringankan beban keluarga ini,” ujar Gunasekaren.

Encik Vijaya Kumar yang diziarahi pula sakit terlantar kerana kemalangan di tempat kerja dan mengidap penyakit gaut yang agak kritikal.

“Ibunya pula seorang pesakit kencing manis dan salah satu jari kaki telah dipotong.

“Keluarga ini telah hilang punca pendapatan selepas Vijaya Kumar sakit dan bantuan ilat dari Perkeso masih dalam proses.

“Saya berharap pihak Perkeso dan majikan Encik Vijaya Kumar dapat bekerjasama dan menyegerakan proses bantuan ilat ini,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren turut menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada bapa Vijaya Kumar bagi meringankan beban keluarga ini.

Turut serta dalam lawatan ini, Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Puan Jamilah Said Ali dan Pegawai JKM, Puan Yasotah Vani.

Show More

Related Articles

Back to top button