Menarik
Tiga pelajar SMK Pasir Panjang kurang kemampuan terima sumbangan kewangan dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan kewangan kepada tiga orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang.
Rusli berkata, sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan ini diserahkan di kediaman masing-masing.
“Ketika memberi sumbangan, saya juga dapat bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.
“Saya doakan supaya mereka berjaya satu hari nanti,” kata Rusli.