Berita

Mustapha santuni Orang Asli Kampung Sungai Kelai

PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Kelai.

“Syabas dan tahniah kepada masyarakat orang Asli Kampung Sungai Kelai yang berganding bahu membantu membersihkan kawasan persekitaran bagi memelihara alam semula jadi.

“Saya juga telah menyerahkan peralatan gotong royong untuk kegunaan masyarakat setempat.

“Besarlah harapan saya agar komuniti setempat dapat memelihara kawasan kampung ini dengan baik.

“Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi bagi memperkukuhkan kerjasama erat di antara pemimpin dan masyarakat,” ujar Mustapha yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button