BeritaProgram

TUNS didik peniaga berniaga secara sistematik

Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS PLUS secara dasarnya memfokuskan usahawan yang telah sedia ada berniaga dan berdaftar seperti yang dinyatakan dalam syarat permohonan.

Namun begitu mengikut laporan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan (SSM), berlaku peningkatan bilangan usahawan yang mendaftarkan perniagaan mereka di Negeri Sembilan berbanding pada tahun 2018, tahun sebelum TUNS diperkenalkan.

Kebanyakan usahawan ini telah lama berniaga namun baru mendaftarkan perniagaan bagi membolehkan mereka memohon dan mendapatkan pembiayaan TUNS.

Melalui tren peningkatan ini menunjukkan bahawa inisiatif TUNS telah berjaya memberi kesedaran kepada para peniaga untuk mendaftarkan perniagaan mereka di SSM dan mula berniaga secara formal serta lebih sistematik dengan membuat rekod transaksi perniagaan mereka.

 

Show More

Related Articles

Back to top button