Berita

Undi Pakatan Harapan demi sebuah kerajaan bebas rasuah

PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru pengundi di seluruh negara mengundi calon Pakatan Harapan agar sebuah kerajaan yang telus dapat dibina demi masa depan negara.

“Jika mahu melihat sebuah negara yang maju, makmur dan ekonominya kukuh, maka amat penting memilih kerajaan yang bebas rasuah dan berintegriti untuk mentadbir negara.

“Kejayaan mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan merupakan satu contoh ketara bagaimana Pakatan Harapan mampu mentadbir Kerajaan Persekutuan dengan cemerlang sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di Jamuan Makan Malam Tokong Pasir Panjang malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button