BeritaProgram

Veerapan lancar Program Simpan dan Jual Minyak Masak Terpakai

REPAH: Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam telah melancarkan Program Simpan dan Jual Minyak Masak Terpakai.

Veerapan berkata, beliau telah memulakan inisiatif ini kerana hasil dari kajian, pemerhatian serta kaji selidik daripada orang awam, majoriti pengguna minyak masak masih lagi membuang minyak masak ke dalam sinki, longkang atau tong sampah.

“Majoriti pengguna juga tidak tahu bahawa minyak terpakai mempunyai harga yang agak tinggi,” ujarnya.

Veerapan juga menyatakan permasalahan ini akan memberikan beberapa masalah kritikal kepada masyarakat pada masa akan datang antaranya:

1) Saluran paip tersumbat akibat minyak membeku

2) Saliran longkang tersumbat menyebabkan penyakit, pencemaran bau dan banjir

3) Tanah rosak dan hilang mineral apabila ia dibuang ke tanah ( rumah kampung )

4) Sampah sukar terurai dan lambat lupus

5) Pencemaran Alam Sekitar.

“Program ini diadakan dengan tujuan memberi kesedaran tinggi kepada masyarakat tentang kesan buruk apabila buang minyak terpakai di tempat yang tidak sepatutnya dan juga menyampaikan maklumat bahawa minyak masak terpakai mempunyai harga untuk dijual kepada pihak yang mengitar semula minyak masak.

“Program ini menyahut Dasar Kebersihan Negara dalam melahirkan gaya hidup bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia,” kata Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah.

Veerapan menyerahkan tong kosong bermuatan 50 kilogram kepada lapan MPKK DUN Repah bagi menjayakan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button