BeritaMenarik

Enam tangki air baharu, manfaat kepada 2,000 isi rumah di Port Dickson

PORT DICKSON: Pembinaan enam buah tangki simpanan air akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 isi rumah di Daerah Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah membina enam buah tangki air simpanan bagi menggantikan tangki sedia ada yang telah uzur.

“Kita mendapat aduan pengguna, sekiranya berlaku gangguan bekalan air, kawasan terlibat lewat menerima pemulihan bekalan air kerana tiada tangki air.

“Justeru itu, tangki air baharu telah dibina di Taman Lukut Makmur (2 buah), Taman Indah Jaya dan Taman Indah Baru (2) serta Taman PD Utama 1 & 2 (2).

“Sekiranya berlaku gangguan bekalan air, penduduk taman tersebut akan mendapat bekalan air dari tangki simpanan berkapisiti satu hari penggunaan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam Sidang Media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak tangki simpanan air di Taman Indah Baru pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button