Veerapan santuni jururawat sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia
SEREMBAN: Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam telah menghulurkan sumbangan 30 unit ‘beg ikhlas’ kepada Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia Tahun 2022.
Veerapan berkata, sambutan Hari Jururawat Sedunia tahun ini melakar sejarah baharu selepas terpaksa bertungkus-lumus mengharungi pandemik Covid-19.
“Di dalam senario biasa, tanggungjawab jururawat untuk merawat pesakit adalah sangat mencabar, terutamanya apabila menghadapi penyakit baru seperti Covid-19 ini,” tambahnya lagi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan yang penuh dedikasi berkhidmat kepada masyarakat,” ujar Veerapan yang juga ADUN Repah.
Lebih 200 tahun lalu, profesion kejururawatan bermula di negara ini dengan perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh sukarelawan dari East India Co.
Pelbagai cabaran dan rintangan sejak dari era peperangan dunia kedua sehingga hari ini, namun tugas jururawat terus berkembang seiring dengan perubatan dunia dan teknologi.