Berita

Veerapan sumbang RM3,000 kepada Pertubuhan Hakka Tampin

REPAH: Pertubuhan Hakka Tampin menerima sumbangan RM3,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.

“Pertubuhan ini yang mempunyai sejarah tersendiri menjalankan pelbagai aktiviti sekitar Tampin serta menyantuni masyarakat demi menjamin kesejahteraan mereka.

“Saya berharap sumbangan ini membantu persatuan menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan,” kata Veerapan.

Veerapan berkata demikian di Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Pertubuhan Hakka Tampin Ke-54 yang diadakan di Dewan Freeport Outlet Tulip A’Famosa, Melaka.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook.

Show More

Related Articles

Back to top button