Berita
Wajib pakai pelitup muka jika kes Covid-19 mendadak: AMINUDDIN
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mewajibkan pemakaian pelitup muka sekiranya kes Covid-19 merekodkan peningkatan mendadak di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun ketika ini kes Covid-19 di Negeri Sembilan masih rendah dan terkawal.
“Negeri Sembilan antara negeri yang terendah kes Covid-19, namun saya menggalakkan rakyat Negeri Sembilan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga kerana sedia maklum kita terbuka sebab ramai pelancong datang walaupun belum ada pelancong dari negara China datang,” kata Aminuddin.