Berita

Wanita KeADILan Tampin santuni masyarakat Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina

TAMPIN: Wanita KeADILan Tampin mengagihkan limau Mandarin kepada masyarakat Tiong Hua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ketuanya, Puan Siti Aishah Othman@Seman berkata, sejak seminggu sebanyak 250 kotak limau Mandarin dan ‘Ang Pau’ dari Kerajaan Negeri Sembilan melalui KeADILan Cabang Tampin diagihkan kepada masyarakat Tiong Hua di Parlimen Tampin.

“Sebanyak 60 kotak limau Mandarin dan Ang Pau diagihkan yang merupakan sumbangan Wanita KeADILan Negeri Sembilan.

“Manakala 134 kotak limau Mandarin dan 260 balang kuih tart nenas dari saya sendiri,” ujar Siti Aishah yang juga Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan.

Masyarakat Tiong Hua yang menerima sumbangan ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin kepada mereka yang akan menyambut Tahun Baru Cina pada hari Ahad ini.

“Terima kasih kepada Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Zunita Begum; Ketua Wanita KeADILan Jempol, Puan Nor Shahida Ayob dan Ahli Jawatankuasa Wanita KeADILan Jempol, Puan Mariam Jasin yang turut menyantuni masyarakat Tiong Hua di Tampin

“Turut menjayakan program ini Ahli Jawatankuasa Wanita KeADILan Tampin, MPKK dan sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Gemas,” kata Siti Aishah yang juga Penyelaras DUN Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button