Berita
Warga emas terima bumbung kedai baru dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan bumbung kedai yang baharu kepada seorang warga emas di Kampung Permatang Pasir.
Rusli berkata, bumbung kedai milik warga emas tersebut telah usang di makan usia.
“Oleh itu, sumbangan ini diberikan bagi membantu beliau meneruskan perniagaan serta memberikan keselesaan kepada pelanggan.,” kata Rusli.