Berita

Warga emas uzur terima sumbangan kewangan daripada Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberikan sumbangan kewangan kepada Puan Esah Nanti di Kampung Tengah.

Abd Latif berkata, Puan Esah kini di bawah jagaan anaknya kerana keadaan kesihatan beliau yang semakin berkurangan.

“Oleh itu sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban beliau dan anaknya.

“Saya turut memberikan tilam, bantal dan tongkat untuk memudahkan urusan harian beliau.

“Saya mendoakan agar urusan beliau sentiasa dipermudahkan,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button