Berita

Hampir 10,000 pengunjung hadir Rumah Terbuka Deepavali

NILAI: Hampir 10,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan program Rumah Terbuka Deepavali peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kita dapat lihat pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum yang hadir.

“Terdapat pengunjung daripada kaum Cina dan Melayu yang turut hadir bagi memeriahkan program ini.

“Ini menunjukkan kita merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum tetapi masih mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan semoga sambutan kali ini dapat memberi satu makna yang besar terutama kepada masyarakat Hindu di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almaruhum Tuanku Munawir turut perkenan mencemar duli bersama Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Show More

Related Articles

Back to top button