Berita
Yayasan Albukhary sumbang RM500,000 kepada Yayasan Negeri Sembilan
SEREMBAN: Yayasan Albukhary telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM500,000 kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS).
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut disampaikan oleh Penasihat Khas Kumpulan Albukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar.
“Sumbangan ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh YNS.
“Terutamanya bagi anak-anak Negeri Sembilan yang sedang melanjutkan pelajaran,” kata Aminuddin.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Dato’ Mohammad Nazri Kassim.