SEREMBAN: Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan memperkenalkan pakej sim card percuma kepada pelajar STPM menjelang bulan Julai ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pakej kerjasama dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi ini mensasarkan 1,000 pelajar STPM yang akan mendapat manfaat sebagai permulaan.
“Yayasan Negeri Sembilan akan menanggung kos sim card untuk pakej internet tersebut.
“Setelah melihat keberkesanannya, kita bercadang meluaskan pakej ini kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pula ,” kata beliau.
Aminuddin berkata demikian kepada Negeri Kita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Yayasan Negeri Sembilan bersama syarikat CelcomDigi bagi memberikan pakej istimewa bulanan kepada pelajar/mahasiswa Negeri Sembilan untuk menikmati perkhidmatan internet yang lebih murah.
“Semoga dengan kerjasama dengan pihak CelcomDigi ini dapat meningkatkan lagi gaya hidup pendigitalan yang lebih mampan khususnya kepada golongan pelajar,” kata Aminuddin.