BeritaMenarikProgram

6,000 keluarga telah disantuni JHEAINS

RAMADHAN: Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menziarahi 6,000 keluarga bagi mengenal pasti keperluan masyarakat.

Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, JHEAINS adalah satu agensi yang terlibat terus dengan masyarakat.

“JHEAINS ubah cara operasi. Keseluruhan bahagian berperanan beroperasi dari rumah ke rumah.

“Pada tahun 2022, sebanyak 6,000 keluarga atau rumah telah diziarahi.

“Dari situ kita kenal pasti keperluan masyarakat iaitu aspek ilmu dan kebajikan. Sebab itu reputasi JHEAINS lebih dilihat positif oleh masyarakat,” katanya.

Zaidi berkata, peruntukan program dakwah ‘door to door’ dijadikan buah tangan dan mengikut keperluan individu atau keluarga tersebut.

“Contohnya ada keluarga diziarahi tidak memerlukan bantuan barangan keperluan dapur tetapi bantuan kerusi roda atau lampin pakai buang.

“Sebab itu kaedah ‘door to door’ ini lebih berkesan kerana kita dapat kenal pasti keperluan keluarga terbabit,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button