Berita

10 orang mahasiswa terima sumbangan komputer riba dari Rebin

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah memberikan sumbangan komputer riba kepada 10 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kurang berkemampuan di DUN Palong.

Rebin berkata, sumbangan komputer riba ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk membantu pelajar dari keluarga B40.

“Kerajaan Negeri mengetahui bahawa komputer riba merupakan keperluan kepada pelajar IPT terutamanya dalam situasi pandemik ini.

“Oleh kerana itu, inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan tiada pelajar yang keciciran dalam pelajaran,” kata Rebin.

Permohonan komputer riba boleh dibuat melalui ‘link’ berikut:

https://bit.ly/BantuanKomputerRibaYNS

Show More

Related Articles

Back to top button