Berita
10 orang pelajar IPT terima sumbangan kewangan dari Nasir
BAGAN PINANG: Sebanyak 10 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terima sumbangan kewangan daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.
Nasir berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.
“Saya juga turut memberikan buku #UNDI18 karya Dr.Maszlee Malik kepada semua penerima.
“Hal ini supaya mereka mempunyai pengetahuan berkenaan isu politik di Malaysia,” kata Nasir.
Sumbangan tersebut diberikan kepada ibu bapa yang mewakili anak mereka