Berita
10 pekerja pembersihan terima sumbangan Deepavali daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Seramai 10 pekerja pembersihan (cleaner) telah menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren.
Gunasekaren berkata, beliau menyerahkan barangan keperluan asas untuk membuat biskut dan kuih muih tradisi sempena Sambutan Hari Deepavali tidak lama lagi.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu penerima bantuan membuat persiapan awal membuat kuih muih Deepavali,” kata Gunasekaren.