Berita

Naik taraf Hotel Nilai Spring Resort usaha menuju Smart City

NILAI: Hotel Nilai Spring Resort yang baru sahaja selesai dinaik taraf merupakan satu usaha yang mampu menjadikan Nilai sebagai Bandar Pintar atau ‘Smart City’.

 

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini kerana hotel tersebut dijana melalui kuasa solar.

 

” Ia sudah pasti membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sebagai contoh tenaga elektrik secara automatik akan terbuka apabila pelanggan memasuki ruangan bilik dan tertutup sendiri apabila pelanggan meninggalkannya.

 

“Selain itu, dengan naik taraf yang dilakukan sudah pasti hotel ini dapat menjadi tarikan pelancong luar untuk menginap sekaligus mampu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

 

“Dalam masa sama, hotel ini juga mendapat perhatian daripada pemain golf luar negara khususnya daripada Korea.

 

“Besar harapan saya agar naik taraf yang telah dilakukan ini dapat memberi impak ekonomi khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button