Berita

10 pelajar IPT terima insentif kewangan Kerajaan Negeri Sembilan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada 10 pelajar yang bakal mendaftar diri di IPT tempatan tidak lama lagi.

“Pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

“Insentif ini diharapkan dapat menampung perbelanjaan awal pelajar yang memasuki IPT,” kata Rusli.

Rusli berkata, pemohon mestilah anak Negeri Sembilan dan setiap pelajar yang ditawarkan belajar di IPT dalam negara, bolehlah memohon mengikut syarat-syarat berkenaan.

“Borang permohonan yang lengkap dan disahkan hendaklah dihantar ke Pejabat Penyelaras DUN Linggi untuk tujuan proses permohonan,” jelas Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button