Berita

Rahman agih RM55,800 kepada 93 penerima Biasiswa Anak Negeri

SERTING: Seramai 93 pelajar sekolah menengah dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan Biasiswa Anak Negeri dari Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli.

Abd Rahman berkata, biasiswa yang diberikan kepada setiap pelajar yang layak adalah sebanyak RM600 setahun.

“Saya telah menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM28,200 kepada 47 pelajar di bawah Fasa 2.

“Minggu lalu seramai 46 pelajar telah menerima biasiswa berjumlah RM27,600 melalui Fasa 1.

“Keseluruhannya sebanyak RM55,800 telah diperuntukkan kepada 93 pelajar sekolah menengah di DUN Serting.

“Bantuan kewangan ini diserahkan kepada ibubapa dan penjaga masing-masing dalam satu majlis ringkas di pejabat saya dengan SOP yang ketat,” kata beliau.

Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif ini yang sangat membantu pelajar tersebut dari segi kos pendidikan.

“Bantuan Biasiswa Anak Negeri ini dapat membantu menyediakan keperluan anak-anak yang akan mula bersekolah dalam masa terdekat ini,” ujar Abd Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button