Berita

Karnival Deepavali Negeri Sembilan 25 Oktober hingga 3 November

SEREMBAN: Jawatankuasa Karnival Deepavali Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2021 di Jalan Dato Lee Fong Yee, Seremban bermula 25 Oktober sehingga 03 November ini.

Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar berkata, Karnival Deepavali tahun ini berbeza sedikit dengan tahun sebelumnya bagi memastikan semua SOP yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dipatuhi.

“Tahun ini hanya 70 gerai dibenarkan beroperasi berbanding dengan 120 gerai pada tahun-tahun sebelum ini.

“Tiada sebarang persembahan kebudayaan diadakan tahun ini untuk mengelakkan orang ramai berkumpul,” katanya.

Arul Kumar berkata demikian selepas berlangsung majlis pengundian di Wisma Negeri, untuk memilih 66 peniaga daripada 87 permohonan yang diterima.

Show More

Related Articles

Back to top button