10 sekolah, masjid dan surau terima sumbangan kewangan dari Aminuddin
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyerahkan sumbangan kewangan kepada 10 buah sekolah, masjid dan surau.
“Sumbangan ini diberikan untuk menjalankan aktiviti berkaitan ataupun pembaikan infrastruktur para penerima.
“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima, Insya Allah,” kata Aminuddin.
Para penerima sumbangan adalah:
i. Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah.
ii. Sekolah Menengah Rendah Agama Ulu Jempol.
iii. Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor.
iv. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson.
v. Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Perdana.
vi. Sekolah Menengah Kebangsaan King George V.
vii. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi.
viii. Surau Irsyadiah Taman Desa Ixora.
ix. Masjid Kariah Kampung Penajis.
x. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar.