Berita

MOU KAYNS dan CIDB: Tingkat kebolehpasaran peserta industri pembinaan

SEREMBAN: Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) dan Akademi Bina Malaysia (ABM), CIDB telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membentuk kerjasama untuk memberikan latihan kemahiran dalam bidang pembinaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, MOU ini juga bagi meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam industri pembinaan.

“Setiap peserta yang menamatkan kursus dengan jayanya akan mendapat dua sijil iaitu Sijil Pencapaian dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) CIDB.

“Lulusan akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

“Pihak Akademi Bina Malaysia (ABM) Wilayah Tengah akan bekerjasama untuk mendapatkan majikan yang akan mengambil peserta ini.

“Besarlah harapan saya agar kerjasama pintar ini akan membuahkan hasil yang diharapkan,” kata Aminuddin di Majlis Menandatangani MOU tersebut di Pejabat Yayasan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button