Berita

Negeri Sembilan bentang ‘Akta Anti-Lompat Parti’ Oktober ini

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti pada bulan Oktober ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco) pada hari ini telah bersetuju untuk mengadakan persidangan khas ini.

“Walaubagaimanapun tarikh Persidangan Khas DUN bagi membentangkan RUU Anti-Lompat Parti akan diumumkan kelak,” katanya.

Aminuddin turut memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri juga akan membentangkan satu lagi Rang Undang-Undang (Pindaan) pada Persidangan Khas DUN tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button