BeritaMenarik

Tol percuma dua hari sempena Deepavali

Kali pertama untuk sambutan Deepavali

SEREMBAN: Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari bermula 11 November (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November (Ahad) jam 11.59 malam sempena sambutan Deepavali Ahad ini.

Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Anggaran jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media pagi ini.

Ini adalah kali pertama kerajaan bersama konsesi lebuh raya menawarkan tol percuma sempena Deepavali. 

 

Kredit Foto: Facebook PLUS

Show More

Related Articles

Back to top button