BeritaProgram

100 pemilik kediaman terima geran hak milik kekal

PAROI: Seramai 100 pemilik kediaman dari Daerah Seremban dan Rembau telah menerima geran bagi pertukaran hakmilik pajakan (leasehold) kepada hakmilik kekal (freehold).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, ini merupakan salah satu daripada tawaran dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berjaya dilaksanakan.

“Pada hari ini, manifesto tersebut telah pun berjaya dilaksanakan.

“Terima kasih kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini.

“Semoga pentadbiran ini akan terus kekal demi memastikan banyak lagi aspirasi rakyat dapat dilaksanakan,” kata Mohamad Taufek yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Turut hadir, Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim dan Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button