BeritaMenarik

1,000 pelajar STPM terima internet percuma daripada Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Seramai 1,000 orang pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Negeri Sembilan bakal menerima internet percuma daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, internet tersebut diberikan melalui kad sim yang kosnya ditanggung oleh Yayasan Negeri Sembilan (YNS).

“Internet percuma ini merupakan hasil daripada kerjasama Kerajaan Negeri dan syarikat telekomunikasi CelcomDigi.

“Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan lagi gaya hidup pendigitalan yang lebih mampan dan khususnya kepada golongan pelajar,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button