Berita

103 penganut Hindu terima barangan dapur dari Bakri

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah memberi sumbangan barangan dapur kepada 103 penganut Hindu di sekitar DUN Klawang.

Bakri berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka melakukan persiapan menjelang perayaan Deepavali.

“Saya amat berbesar hati kerana dapat membantu mereka untuk membuat persiapan Deepavali.

“Saya berharap agar perayaan Deepavali kali ini lebih meriah buat mereka,” kata Bakri.

Turut hadir, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button