Berita

Tabung Agro, pinjaman tanpa faedah RM50,000

Peruntukan RM3 juta bagi membantu usahawan tani kukuhkan pertanian

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperkenalkan satu lagi insisitif baharu dalam pembentangan Belanjawan 2022.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan pinjaman mudah tanpa faedah; maksimum RM50,000 yang dipanggil Tabung Agro bagi golongan usahawan tani.

“Melihat terdapat keperluan untuk membantu usahawan tani memperkukuhkan lagi aktiviti pertanian yang sedang diusahakan supaya dapat mencapai skala yang lebih besar atau economic scale, sekaligus dapat menggandakan produktiviti pengeluaran.

“Satu kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Agro Bank akan dilaksana untuk menyediakan kemudahan pinjaman skala sederhana kepada usahawan tani yang layak.

“Justeru itu, sukacita saya umumkan satu lagi inisiatif baharu iaitu Tabung Agro dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah dengan nilai maksimum RM50 ribu sebagai pengukuhan modal perniagaan.

“Sebanyak RM3,000,000 akan diperuntukkan untuk inisiatif ini,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button