Berita

11 pelajar terima bantuan ‘tablet’ dari Rafie

AMPANGAN: ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek, menyumbang ‘tablet’ (peranti pintar) kepada 11 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dari DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, seramai 11 orang pelajar telah menerima sumbangan Tablet Samsung Tab A yang disampaikan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

“Sumbangan tablet ini diharapkan membantu dan memudahkan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Pandemik Covid-19 ini bukan sahaja memberi kesan teruk kepada kedudukan ekonomi tetapi juga sistem pendidikan di negara kita.

“Namun demikian, kita mengharapkan warga pendidik terus kekal cekal dan tabah untuk meneruskan pengajaran dalam suasana norma baru ketika ini.

“Dalam masa yang sama, kita mengharapkan generasi pelajar komited untuk menimba ilmu walaupun dalam suasana yang sukar. Dengan ilmu, Insya Allah akan membolehkan kita memajukan diri kita serta juga boleh menyumbang untuk memakmurkan negara,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button