Berita

Baucer bernilai RM10 ribu, bantu golongan terkesan Covid-19

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman menyumbang baucer bernilai RM100 kepada 100 keluarga yang terkesan dengan Covid-19.

Nasir berkata, beliau mengagihkan  baucer pembelian barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada 100 keluarga di Ladang Salak, Ladang Bradwall dan Ladang Siliau.

“Ini bermakna jumlah nilai bantuan yang dihulurkan pada hari ini (Ahad) sebanyak RM10,000.

“Saya berharap sumbangan baucer ini dapat digunakan dengan sebaiknya dan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga penerima.

“Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-64, saya juga menyerahkan bendera Malaysia kepada semua penerima,” kata Nasir.

Nasir berkata, bantuan baucer RM100 ini merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bagi membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Terima hadir, Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik M.Shanmugam dan Pengerusi MPPK Kampung Baru, Encik Ghazaly Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button