Berita

Jualan Agro Madani DUN Repah meriah

REPAH: Jualan Agro Madani di DUN Repah terima sambutan meriah daripada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, orang ramai ramai hadir bagi membeli barangan segar sempena Hari Thaipusam.

“Program tersebut memberikan peluang kepada pembeli untuk merasai penjimatan sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

“Ia sudah tentu dapat membantu meringankan beban mereka.

“Pelbagai jenis produk segar, pertanian serta makanan proses dijual.

“Saya turut memberikan sumbangan sebanyak RM27,000 kepada pihak FAMA atas penganjuran program ini,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button