Berita

120 pelajar DUN Klawang terima sumbangan ‘tablet dari Bakri

Bakri sumbang RM1,000 kepada Masjid Peradong

KLAWANG: Seramai 120 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Klawang menerima sumbangan ‘tablet’ (peranti pintar) dari ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir,

Pada 3 Februari lepas, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan inisiatif khas sumbangan ‘tablet’ percuma kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Sempena majlis berbuka puasa bersama penduduk Peradong/Pergai yang diadakan serentak dengan majlis penyerahan ‘tablet’ ini; Bakri menyerahkan sumbangan kewangan RM1,000 kepada pengurusan Masjid Sungai Pah, Kampung Peradong.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan berkata, adalah amat penting bagi mendekati komuniti kampung, beramah mesra dengan mereka serta mendengar permasalahan mereka.

“Ini sesuai dengan saranan YAB Menteri Besar yang mengharapkan pihak MPKK memainkan peranan yang penting dengan menyampaikan maklumat kepada penduduk di dalam kariah masing-masing.

“Saya akan menjelajah ke seluruh 14 MPKK DUN Klawang bagi mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk dan akan memberi sumbangan kewangan kepada pihak masjid.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan ini, pihak masjid dapat memperkasakan intitusi ini dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan sebaik-baiknya,” kata Bakri.

Majlis penyerahan ‘tablet’ dan sumbangan kewangan ini berlangsung di Masjid Sungai Pah, Kampung Peradong.

Turut hadir Pengerusi MPKK Peradong/Pergai, Encik Hasrul Hisham Abdul Wahab dan barisan pengurusan masjid.

Show More

Related Articles

Back to top button