Berita

13 mahasiswa terima Bantuan Sara Hidup dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya YB P.Gunasekaren telah menyerahkan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Negeri Sembilan kepada 13 pelajar Institut Pengajian Tinggi dari DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, penerima BSH ini akan menerima bantuan RM1200 setahun yang akan dikreditkan kepada akaun penerima, di mana nilai bantuan bulanan adalah RM100 sebulan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) membantu mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membiayai pelbagai kos sepanjang tempoh pengajian pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pelajar- pelajar ini,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Insan YNS, Encik Farman Osman.

Gunasekaren juga meluahkan keresahan rakyat yang berhadapan dengan wabak Covid-19 yang secara tidak langsung telah menjejaskan pendapatan rakyat.

“Seramai 15,554 calon sedang menduduki peperiksaan SPM, diamana pembelajaran yang lepas adalah secara online kerana penutupan sekolah berikutan wabak Covid-19. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka,” ujarnya.

Sementara itu Farman berkata, YNS telah menerima 18,000 ribu permohonan dan hanya 1,500 orang yang menerima bantuan selepas melalui beberapa tapisan dan kriteria yang ditetapkan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button