Berita

300 anak kakitangan kerajaan terima sumbangan ‘tablet’ dari Anwar

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan 300 unit peranti pintar (tablet) kepada anak-anak kakitangan kerajaan di Daerah Port Dickson.

Anwar berkata, ibubapa yang kurang berkemampuan yang bekerja di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan Port Dickson telah menerima peranti pintar bagi pihak anak-anak mereka.

“Semoga sumbangan ini dapat memampan sedikit dampak pandemik dan dimanfaatkan oleh anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button