Berita

15 pelajar IPT Repah terima Bantuan Sara Hidup dari Veerapan

REPAH: Seramai 15 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari DUN Repah telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan dari ADUN Repah, YB S.Veerapan.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan menyalurkan bantuan wang tunai RM1,200 setahun kepada mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Seramai 15 pelajar daripada golongan B40 menerima bantuan ini.

“Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mahasiswa yang menuntut di IPT di seluruh negara.

“Objektif bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan mahasiswa dan ibubapa,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button