Berita

Aminuddin: Diskaun 25% penukaran status tanah pertanian kepada komersial diteruskan

Insentif ini bermula 01 Januari hingga 30 Jun 2021

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan meneruskan dasar diskaun 25 peratus terhadap bayaran premium penukaran status tanah daripada syarat pertanian kepada komersial atau pembangunan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini boleh dinikmati oleh pemaju yang menyelesaikan bayaran premium tersebut dalam tempoh 30 hari selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

“Tempoh tersebut telah dipanjangkan daripada 21 hari pada tahun lepas kepada 30 hari.

“Insentif ini bermula pada 01 Januari sehingga 30 Jun 2021.

“Sekiranya bayaran premium diselesaikan dalam tempoh 60 hari, pemaju hanya akan menikmati diskaun sebanyak 15%.

“Inisiatif ini diharap dapat merancakkan lagi pembangunan dalam situasi menghadapi pandemik Covid-19,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button