Berita

150 keluarga mangsa banjir terima bantuan makanan

RANTAU: Penyelaras DUN Rantau, Tuan Husin Haroon telah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 150 keluarga mangsa banjir.

Husin berkata, sumbangan dari AEON Malaysia ini diagihkan kepada 150 ketua keluarga terjejas banjir dari Kampung Seliau, Kampung Seliau Baru dan Kampung Pasir Linsum.

“Terima kasih kepada Wakil AEON Malaysia, Dato’ Iskandar Shuraddin yang turut sama turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,” kata Husin.

Majlis penyerahan sumbangan ini dibuat di Balairaya Kampung Seliau.

Show More

Related Articles

Back to top button