Aktiviti

Back to School Seri Menanti: Gunting rambut percuma

SERI MENANTI: Menjelang musim persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi; Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti telah menganjurkan program gunting rambut percuma kepada pelajar sekolah.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, seramai 200 pelajar sekolah rendah dan menengah mendapat manfaat daripada program ini.

“Program ini diadakan serentak di Balai Raya Kampung Terachi, Balai Raya Kampung Bukit Lintang, Balai Raya Kampung Tengah Hulu serta Balai Raya Kampung Gunung Pasir.

“Semoga program ini dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada anak-anak yang akan bersekolah pada 9 Januari ini,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button