Berita

Nasir serah bantuan kewangan kepada 13 pelajar IPT

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyerahkan Insentif Kecemerlangan Pelajar kepada 13 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Perbelanjaan di IPT agak tinggi dengan bayaran yuran pengajian, kos persediaan untuk asrama, buku-buku rujukan dan pelbagai perbelanjaan lagi.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan dan membantu pelajar ini dalam persediaan ke IPT nanti.

“Tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran.

Semoga anda semua akan memperolehi kejayaan di menara gading,” kata Nasir

Nasir berkata demikian di majlis penyerahan bantuan kewangan tersebut di pejabatnya semalam.

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Show More

Related Articles

Back to top button