SAINS beli kenderaan baru, kurang kos selenggara, tingkat kecekapan
SEREMBAN: Bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) mengambil langkah membeli 20 buah kenderaan.
Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembelian secara ansuran ini adalah bagi mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan kenderaan lama SAINS yang semakin tinggi.
“Ada daripada kenderaan syarikat tersebut telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dan memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggara.
“Justeru, SAINS telah membeli 10 buah pacuan 4 roda Isuzu D-MAX, enam buah pacuan dua roda Mitsubishi Triton serta empat buah Proton Saga dengan kos RM1.87 juta.
“Secara keseluruhannya, sebanyak 10 peratus daripada 200 kenderaan yang dimiliki syarikat kini diganti,” kata beliau.