Berita

170 pelatih FAMA terima bantuan makanan dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menghantar pelbagai bekalan makanan kepada penghuni yang berada di Institut Latihan FAMA Port Dickson.

Rusli berkata, pusat ini telah diletakkan di bawah PKPD disebabkan oleh Covid-19.

“Kira-kira 170 penghuni berada di dalam pusat latihan ini ketika ini.

“Pusat ini juga telah ditutup kepada orang awam sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Kita mendoakan supaya semua penghuni di sini berada di dalam kesejahteraan dan dilindungi selalu,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button