Dialog pemimpin bersama rakyat erat silaturrahim
PILAH: Pusat Khidmat Rakyat DUN Pilah telah menganjurkan Majlis Minum Petang Muhibbah dan Sesi Dialog Santai Pemimpin Bersama Komuniti MPKK DUN Pilah di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa.
Majlis ini dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan setiap MPKK mendapat maklumat berkenaan pencapaian dan perkembangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Dato’ Seri Aminuddin.
“Ini termasuk inisiatif dan bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri yang layak dipohon oleh penduduk DUN Pilah.
“Taklimat mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 dan Undi 18 juga diadakan.
“Maklumat sebegini amat penting agar pemimpin masyarakat dan masyarakat sendiri lebih cakna mengenai hak mereka selain tidak ketinggalan untuk mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri,” ujar Nazaruddin.
Turut hadir, Ketua Cabang KeADILan Kuala Pilah, Encik Azlan Hamzah dan Ketua Wanita Cabang KeADILan Kuala Pilah, Puan Zunita Begum.