Berita

Nasir sumbang RM2,000 kepada persatuan penduduk

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyumbang RM2,000 kepada Persatuan Penduduk Taman Desa PD.

Nasir berkata, persatuan penduduk ini adalah antara persatuan penduduk yang selalu berhubung dengan Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang berkenaan isu dan pembangunan di taman tersebut.

“Hari ini saya dapat bersemuka dengan kebanyakan penduduk di sini untuk mendengar sendiri perbincangan berkenaan isu-isu yang sering dihadapi oleh penduduk.

“Saya memberikan sumbangan tunai berjumlah RM2,000 kepada persatuan ini untuk mereka terus aktif dalam komuniti penduduk taman ini,” katanya.

Nasir berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Desa PD.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Si Rusa, Encik Ghazaly Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button