Berita

MPKK pemimpin paling dekat dengan rakyat

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan pemimpin yang paling dekat dengan rakyat dan akar umbi.

“Jadi, penting bagi setiap pengerusi serta ahli untuk sentiasa mengambil tahu berkenaan permasalahan di kawasan mereka.

“Besarlah harapan saya agar MPKK di seluruh negeri sentiasa menjalankan amanah sebaik mungkin dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

“Sampaikan inisiatif dan bantuan bantuan kepada rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Minum Petang Muhibbah dan Sesi Dialog Bersama Pemimpin di Kampung Jawa.

Show More

Related Articles

Back to top button